Isnin, 9 Ogos 2010
do i care ?
Selasa, 3 Ogos 2010
BITCH !
Jumaat, 25 Jun 2010
betine bodoe ! haha ;D
* haha , bodoe laa kud betine tuh . bangga gilerr dah tade dare betine tuh . kesian suami dye nanty ! haha :DD , kalau luar cantek dalam mcm neraka buat ape derr ?! , dgn budak luar pun jady laa ye qaw , dah mcm pelacur murahan aku tnguk ! lalala ;DD
Jumaat, 18 Jun 2010
Kanser Servik .
Apakah itu kanser servik?
- Kanser pangkal rahim.
- Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
- Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
- Ia boleh terbahagi kepada :
- Peringkat awal
- Berlaku di sekitar servik
- Peringkat lewat
- Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
- seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
- Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
- Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
- Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
- 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
- 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
- Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Mengandung lebih dari 5
- Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
- Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.
Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
- Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
- Perdarahan yang banyak
- Perdarahan yang berpanjangan
- Perdarahan di antara haid
- Sakit
- Kehadiran darah beku
- Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
- Sakit semasa hubungan seksual
- Perdarahan dari vagina selepas putus haid
- Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
- Berbau
- Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
- Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
- Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
- Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
- Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
- Full blood count
- Liver function test
- Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.
Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
- Pembedahan
- Radioterapi
- Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.
Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
- Mencegah lebih baik dari merawat.
- Amalkan cara hidup yang sihat.
- Setia pada pasangan anda.
- Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
- Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
Apakah itu ujian Pap Smear?
- merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
- Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
- Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Soalan Lazim
Adakah ujian itu menyakitkan?
- Tidak menyakitkan.
- Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
- Tanggalkan seluar dalam.
- Berbaring di atas katil.
- Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
- Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
- Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
- Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
- Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
- Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
- Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
- Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
- Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
- Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
- Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
- Di semua klinik dan hospital kerajaan
- Di klinik/hospital swasta
- Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
- Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
- Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
- Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
- Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
- Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
- Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
- Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
- Apa yang patut dilakukan seterusnya :
- Rawatan susulan
- Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
- Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
- Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
- Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
- Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
- Kurang menyakitkan.
- Sesetengah orang merasa tidak selesa.
- Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
- Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
- Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
p/s: berhati hati yea . ;))
Batu Karang Hempedu .

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.
Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.
Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.
"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.
"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.
Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.
Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.
Simptom-simptom
- Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
- Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.
"Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.
Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.
Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya. - Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.
Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.
"Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.
Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.
"Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.
"Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.
Faktor-faktor Risiko
Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
- Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
- Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
- Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
- Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.
Jenis-jenis batu karang hempedu
- Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
- Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
- Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.
Diagnosis
Dr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.
"Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal.
"Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."
Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.
Rawatan
Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.
Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.
Pembedahan
- Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.
Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari. - Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
Bukan pembedahan
Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
- Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
- Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.
p/s: so kepada sesiapa yang mengalami simptom simptom di atas , di minta segera lahh berjumpe dengan dokter , sebelum bende ni semakin melarat . saya sendiri pun penah mengalami nyaa ;))
BACE NI ! MENARIK GILERR !
COMMENT: kalau semua orang yg sudah berumah tangga buat macam ni tade lah maksiat seperti berlaku curang . kan kan kan ? hee .
*Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.
COMMENT: hmm , habis tuh kenapa kita panggil aiskrim tuh aiskrim ? mcm mane kita boleh tau ais itu name nye ais ? cuba korang fikirkan .
*Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.
COMMENT: so korang di kategorikan manusia keberapa ?? hehee .
*Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
COMMENT: fuyoohh , dasyat tuh . wallahualam.
*Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan
yang telah diproses.
COMMENT: yekk , sisik ikan ? geli kut . ;D
*Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
COMMENT: Biasalah Muhammad itu kan rasul kite , ;)
*Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga
ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
COMMENT: yekk, ta gatal ke dye punye ? weh dapat penyakit tuhh , bahaya bahaya bahaya .
*Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
COMMENT: itu lipas boleh hidup 10 hari tanpa kepala , tapi ade ke manusia yang boleh hidup tanpa kepala ?
*Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan
ketika anda menggunakan flush tandas.
COMMENT: so baik sekarang korang jauh kn berus gigi korang dari tandas . nak ke berus gigi korang kne kuman yg bertebangan lepas korang flus tandas ?? eee . haha ;DD
*Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
COMMENT: so kepada sesiapa yang fobia dengan anjing mcm saya , siap sedia kan lah coklat dalam poket korang untuk keselamatan . hehee
*Anda dilahirkan dengan 300 tulang. Apabila anda dewasa, anda cuma ada 206 tulang.
COMMENT: Eh ,, mane tulang yang selebihnye ??
*Secara purata, orang yang mempunyai tangan kidal hidup 9 tahun lebih pendek.
COMMENT: Wallahualam . ajal di tangan tuhan .
*Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
COMMENT: betul tuh . tak caye korang try lahh . kalau korang boleh bukak mata mase bersin telefon aku cepat cepat . hehee .
Fakta Dunia .
Apakah rahsia di sebalik ‘dunia’ ini..?
Ada yg mengatakan dunia ini penting…
Ya! Memang dunia ini penting, sepertimana pentingnya jamban dalam rumah..semua rumah ada jamban…tapi jamban hanya perlu bila diperlukan…harap korang boleh pikir sendiri…tapi jangan pulak pikir dalam jamban! Ha ha ha!
Ada yg mengatakan dunia ni macam air yg mana kita belayar menuju ke pulau akhirat..amboi cantiknya bahasa…apa2pun korang kena ambik air sekadar perlu untuk minum/masak/mandi wajib bla bla bla ..tapi kalau korang ambik banyak sangat..tenggelamlah korang dalam dunia..oh…
satu cerita :
ketika Nabi Muhammad saw di israqkan ke langit, dia telah jumpa dengan ‘dunia’ yang berupa seekor wanita tua yang telah disolek menjadi begitu cantik dan pada ekor wanita itu ada bulu yg tertanggal …Tanya Nabi lebih kurang maksud: kenapa ekor kau punya bulu banyak yg tertanggal?Dunia berkata: org yg kejar aku hanya dapat bulu2 di ekorku sahaja, mereka telah tertipu dengan solekkanku ! jadi kalau korang nak tahu apakah rahsia kod yg wujud pada dunia ini ,apabila korang kaji pada dunia dan seisinya korang akan dapati bahawa, makanan jadi tahik, harta jadi punca pergaduhan, rumah jadi tempat bermegah-megah, korang masuk kubur, binatang akan jadi bangkai bla bla bla …
Maka rahsia dunia ini adalah jika korang tak hati2 korang akan bergelumang dengan bangkai, sampah dan najis. !!!


